Powered By Blogger
Powered by Blogger.
RSS

Thursday, September 29, 2011

~Antara Akal, Hati dan Perasaan~



Tidak pernah ku kotakan bahawa aku adalah yang terbaik antara yang lain.
Tidak pernah ku kotakan bahawa aku yang paling beriman antara yang lain.
Tidak pernah ku kotakan bahawa aku adalah penyabar..

Aku sedar aku juga mungkin telah lakukan kesilapan besar, aku tetap cuba untuk membaikinya. Mungkin jalan untuk membaiki dalam liku liku kehidupa
n seperti sudah tiada, aku hanya dapat berdoa kepada Allah yang esa.

Aku memberitahu diriku sendiri untuk bersabar dan tidak mengulangi kesilapan ku. Aku memberitahu diriku untuk bersabar dengan apa yang perlu. Aku memberitahu diriku untuk terus bersabar walau dengan apapun dilemparkan terhadapku..

Maksudku diam tidak bermaksud ku bersembunyi, Maksudku terus bejalan dalam hidup dan tidak terus terduduk tidak bermaksud aku melariikan diri. Aku hanya melakukan apa yang perlu kerana aku percaya semua ini ada penghujungnya.

Aku tidak pernah berniat untuk melukakan hati mu.

Aku tidak pernah berniat untuk mencacatkan hidup mu.

Aku tidak pernah berniat untuk berkata begitu.

Tapi apakan daya aku bukan insan sempurna..

Sesungguhnya begitu, aku tetap bersabar dan memperbaiki diriku sendiri.

Aku cuba kukuhkan imanku.

Aku cuba penuhkan takwaku.

Aku hanya berdoa sehari-harian pada yang Satu.


Untuk mengelakkan diriku daripada dibelengu perasaan memberontak dan marah.

Aku teruskan berdoa untuk ketenangan diriku..

Aku teruskan berdoa kepada Allah untuk ketenangan hidupmu..

Aku teruskan berdoa kepada Allah untuk ketenangan hidup jika dia takdirku..

Aku teruskan berdoa kepada Allah untuk mengampuni dosa dosa ku..

Aku teruskan berdoa kepada Allah untuk mengampuni dosa dosa mu..

Aku tetap terus berdoa kepada Allah untuk menghilangkan segala kekusutan dan kekalutan hidup ini dan teruskan hidup supaya kita semua dapat terus melakukan suruhannya..


Aku sedar aku banyak melakukan kesilapan terhadapNya..

Aku sedar aku banyak melalukan dosa terhadapNya..

Sesungguhnya diriku ini tetap ingin kembali kepada jalanNya..

Ku pinta agak doa doa ku tetap dimakbulkan, saban hari ku pohon kepadaNya.

walaupun dikala kau tetap ingin aku dihukum, kau tetap menyatakan kepada yang lain aku memang bersalah, dikala waktu kau tetap membenciku,

tapi aku hanya berserah kepada Allah untuk menghukumku, dan aku hanya dapat berdoa untuk kebaikan semua.

aku kadangkala sedikit sebanyak kesal kerana aku disini bersungguh berdoa dan berusaha untuk berdamai, tetapi kau tetap menghentamku dengan babak babak sedih.


tapi aku sedar, kita semua manusia biasa, semua melakukan kesilapan termasuk aku..

ku berdoa agar semua kekalutan ini akan berakhir dengan kedamaian dan penuh keinsafan..


Amin..


No comments:

Post a Comment