Powered By Blogger
Powered by Blogger.
RSS

Thursday, September 29, 2011

~Antara Akal, Hati dan Perasaan~



Tidak pernah ku kotakan bahawa aku adalah yang terbaik antara yang lain.
Tidak pernah ku kotakan bahawa aku yang paling beriman antara yang lain.
Tidak pernah ku kotakan bahawa aku adalah penyabar..

Aku sedar aku juga mungkin telah lakukan kesilapan besar, aku tetap cuba untuk membaikinya. Mungkin jalan untuk membaiki dalam liku liku kehidupa
n seperti sudah tiada, aku hanya dapat berdoa kepada Allah yang esa.

Aku memberitahu diriku sendiri untuk bersabar dan tidak mengulangi kesilapan ku. Aku memberitahu diriku untuk bersabar dengan apa yang perlu. Aku memberitahu diriku untuk terus bersabar walau dengan apapun dilemparkan terhadapku..

Maksudku diam tidak bermaksud ku bersembunyi, Maksudku terus bejalan dalam hidup dan tidak terus terduduk tidak bermaksud aku melariikan diri. Aku hanya melakukan apa yang perlu kerana aku percaya semua ini ada penghujungnya.

Aku tidak pernah berniat untuk melukakan hati mu.

Aku tidak pernah berniat untuk mencacatkan hidup mu.

Aku tidak pernah berniat untuk berkata begitu.

Tapi apakan daya aku bukan insan sempurna..

Sesungguhnya begitu, aku tetap bersabar dan memperbaiki diriku sendiri.

Aku cuba kukuhkan imanku.

Aku cuba penuhkan takwaku.

Aku hanya berdoa sehari-harian pada yang Satu.


Untuk mengelakkan diriku daripada dibelengu perasaan memberontak dan marah.

Aku teruskan berdoa untuk ketenangan diriku..

Aku teruskan berdoa kepada Allah untuk ketenangan hidupmu..

Aku teruskan berdoa kepada Allah untuk ketenangan hidup jika dia takdirku..

Aku teruskan berdoa kepada Allah untuk mengampuni dosa dosa ku..

Aku teruskan berdoa kepada Allah untuk mengampuni dosa dosa mu..

Aku tetap terus berdoa kepada Allah untuk menghilangkan segala kekusutan dan kekalutan hidup ini dan teruskan hidup supaya kita semua dapat terus melakukan suruhannya..


Aku sedar aku banyak melakukan kesilapan terhadapNya..

Aku sedar aku banyak melalukan dosa terhadapNya..

Sesungguhnya diriku ini tetap ingin kembali kepada jalanNya..

Ku pinta agak doa doa ku tetap dimakbulkan, saban hari ku pohon kepadaNya.

walaupun dikala kau tetap ingin aku dihukum, kau tetap menyatakan kepada yang lain aku memang bersalah, dikala waktu kau tetap membenciku,

tapi aku hanya berserah kepada Allah untuk menghukumku, dan aku hanya dapat berdoa untuk kebaikan semua.

aku kadangkala sedikit sebanyak kesal kerana aku disini bersungguh berdoa dan berusaha untuk berdamai, tetapi kau tetap menghentamku dengan babak babak sedih.


tapi aku sedar, kita semua manusia biasa, semua melakukan kesilapan termasuk aku..

ku berdoa agar semua kekalutan ini akan berakhir dengan kedamaian dan penuh keinsafan..


Amin..


Wednesday, September 28, 2011

~Yakin Diri~



All Praise is due to Alláh, We praise Him and we seek help from Him. We ask forgiveness from Him. We repent to Him; and we seek refuge in Him from our own evils and our own bad deed

be confident! Allah is the only one that knows our future...juz believe in Him n surely the best will be given to u...to be sad as the result of losing sumone is considered a must but to stick to those who u really put hope on them is far more important..so be strong and pray for the success of them dunia n akhirat..wallahuaalam..

Tuesday, September 27, 2011

man zaroa’ hasoda, waman jadda wajada

bahasa arab


man zaroa’ hasoda, waman jadda wajada

perkataan Arab ini – man zaroa’ hasoda, waman jadda wajada , “sesiapa yang berusaha pasti berjaya, sesiapa yang menanam pasti menuai hasilnya”

InsyaAllah, man zaroa’ hasoda, waman jadda wajada :)

==================================================================

Sebagai contoh, kita mahukan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Tetapi kita berusaha bersungguh-sungguh dan tidak belajar dengan tekun. Boleh ke kita dapat keputusan yang cemerlang? Man jadda wajada, waman zaroa' hasoda. Sesiapa yang berusaha dia akan dapat, dan sesiapa yang menanam dia akan dapat menuai hasilnya.

Tetapi, dalam nak berusaha mendapatkan rezeki, kita hendaklah menggunakan ikhtiar yang benar-benar mengikut cara Islam supaya rezeki yang kita dapat itu berkat. Jangan sesekali putus harapan dalam meminta rahmat daripada Allah kerana Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Mintalah apa sahaja, Allah pasti akan tunaikan. Yang penting kenalah bersabar, rezeki itu akan kita dapat, tidak kira samada lambat atau cepat, di dunia ataupun di akhirat. InsyaAllah.

Yakinlah dengan segala janji Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan sesekali menzalimi hambaNya. Wallahu A'lam

another interesting


Berusaha dengan bersungguh-sungguh, tanpa berputus asa, kerana setiap kejayaan itu tidak datang bergolek. Sepertimana Pepatah Arab: "Man Jadda Wajada, Wa Man Zaroa' Hasoda.." bermaksud; Barang siapa yang bersungguh, dia pasti berjaya dan barang siapa yang bercucuk tanam dia pasti menuai.."

Bertepatan dengan Firman Allah SWT:-


“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.” [Ar-Ra'd, 13:11]



untuk sahabat tersayang yang tengah menghadapi exam sekarang, dan yang akan menghadapi exam, selamat berjuang!! bittaufiq wa najah :)

Sunday, September 25, 2011

~Inilah Jalanku~




Salam Ukhwahfillah, ramai sahabat2ku telah meneruskan perjuangan mereka, bila lah tiba untuk aku pula? hmmm..tahun depan baru ku sambung belajar, ambil STAM di akademi ikatan muslimin, perak. disini ada sedikit info tentang STAM yang akan ku pelajari. :)

Info STAM


SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)
Apa itu STAM?
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ialah satu peperiksaan yang mula diperkenalkan pada tahun 2000 hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Sharif. Peperiksaan lisan dijadualkan akan bermula pada bulan Julai 2000 dan peperiksaan bertulis pada bulan November/Disember 2000
STAM diperkenalkan untuk memastikan pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) melalui satu sistem pendidikan yang piawai dan diiktiraf di dalam dan di luar negara.
Mengapa STAM?
STAM juga diperkenalkan untuk memastikan pelajar Malaysia yang diterima masuk ke Universiti Al-Azhar dan universiti yang setaraf dengannya di dalam dan di luar negara, terdiri daripada mereka yang benar-benar berkualiti dan dapat memiliki ijazah dalam jangka masa yang paling singkat.
Kemasukkan pelajar Malaysia ke Universiti Al-Azhar kini dibuat melalui lebih kurang 26 jenis sijil yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri dan pelbagai sekolah seperti Sijil Tinggi Ugama. STAM diperkenalkan agar sistem dan syarat kemasukan pelajar Malaysia ke Universiti Al-Azhar akan lebih selaras.


Selain itu, calon STAM boleh menggunakan sijil STAM untuk memasuki universiti-universiti di Malaysia. Calon boleh terus memasuki sarjana muda dalam kuliah-kuliah selain daripada sains. Kerajaan Malaysia mengiktiraf STAM setaraf STPM.
Bagaimana STAM wujud?
Bermula pada tahun 1997 persetujuan telah dicapai di antara pihak berwajib Mesir dan Malaysia untuk menyelaraskan sistem dan syarat kemasukan pelajar ke Universiti Al-Azhar .
Berikutan ini Kementerian Pendidikan telah berbincang dengan Al-Azhar Al-Sharif di Kaherah, Mesir pada 10 hingga 12 November 1998 dan persetujuan telah diperoleh tentang pelaksanaan dan sistem pensijilan peperiksaan tersebut.
Perkara ini juga telah dimaklumkan kepada Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 3 Mac 1999.
Lembaga Peperiksaan Malaysia telah dikenalpasti sebagai badan peperiksaan yang akan mengendalikan peperiksaan ini berdasarkan kurikulum Ma’ahad Bu’uth Al-Azhar.
Kurikulum
Kurikulum yang akan menjadi asas STAM ialah kurikulum Ma’ahad Bu’uth Al-Azhar yang telah dipersetujui antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Sharif, Kaherah, Mesir dan digunapakai sekarang di SMAN dan SMAR di negara ini.
Kertas Soalan dan Cara Pengujian
13 mata pelajaran yang akan diuji dalam peperiksaan ini ialah seperti berikut:
Bil.Mata PelajaranBentuk Ujian
1Hifz Al-Quran dan TajwidBertulis dan Lisan
2FiqhBertulis
3TauhidBertulis
4Tafsir dan UlumuhuBertulis
5Hadith dan MustolahBertulis dan Lisan
6MantiqBertulis
7NahuBertulis
8SarfBertulis)
9Insya’Bertulis
10Adab dan NususBertulis
11Mutala’ahLisan
12Arud dan QafiyahBertulis
13BalaghahBertulis
Calon wajib mendaftar dan menduduki semua mata pelajaran di atas.
Pendaftaran Calon
Syarat pendaftaran calon untuk peperiksaan STAM ialah:
  • Telah mengikuti kurikulum Ma’ahad Bu’uth Al-Azhar
  • Telah menduduki peperiksaan SPM
Lembaga Peperiksaan akan mengeluarkan pekeliling pendaftaran dan buku Peraturan dan Panduan Peperiksaan STAM sekurang-kurangnya satu tahun lebih awal daripada tarikh peperiksaan dijadualkan. Pekeliling pendaftaran, buku Peraturan dan Panduan STAM serta borang pendaftaran akan diedarkan kepada calon melalui Jabatan Pendidikan Negeri. Adalah menjadi tanggungjawab semua Jabatan Pendidikan Negeri memastikan calon yang berminat dari negeri tersebut mendaftar sebelum tamat tempoh pendaftaran yang ditetapkan bagi membolehkan proses seterusnya tidak tergendala.
Pensijilan
Untuk STAM, seperti yang telah dipersetujui antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar As-Sharif, Mesir, pangkat sijil dan peringkat mata pelajaran dilaporkan seperti berikut;
PeringkatTakrif
MumtazCemerlang
Jayyid JiddanSangat Baik
JayyidBaik
MaqbulLulus
RasibGagal
Sijil akan dianugerahkan kepada calon yang mendapat sekurang -kurangnnya peringkat Maqbul bagi semua mata pelajaran. Calon yang berjaya mendapat sijil pangkat Maqbul diberi peluang untuk memperbaiki keputusan mana-mana mata pelajaran dalam masa tiga tahun.
Pengeluaran Keputusan
Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997, keputusan peperiksaan yang diumumkan oleh Pengarah Peperiksaan akan dikeluarkan dalam bentuk slip keputusan dan dihantar terus ke Jabatan Pendidikan Negeri untuk diedarkan kepada calon melalui pengetua sekolah jika calon sekolah dan terus kepada calon jika calon persendirian perseorangan. Piagam Pelanggan Lembaga Peperiksaan menetapkan keputusan hendaklah diumumkan kepada calon sekurang-kurangnya 3 bulan selepas tamat peperiksaan dan sijil dikeluarkan 6 bulan selepas tarikh pengumuman keputusan peperiksaan. Sijil untuk STAM akan dikeluarkan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.
Salinan Sijil dan Terjemahan Sijil
Sijil asal hanya dikeluarkan sekali sahaja. Mereka yang kehilangan sijil asal atau kerosakan sijil asal, salinan sijil tersebut boleh dipohon dari Lembaga Peperiksaan dengan mengisi borang tertentu.
Untuk peperiksaan STAM, sijil dikeluarkan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. Walau bagaimanapun, sekiranya calon memerlukan sijil diterjemahkan ke Bahasa Inggeris, permohonan boleh dibuat kepada Lembaga Peperiksaan. Semua permohonan dikenakan bayaran yang telah ditetapkan dengan persetujuan Perbendaharaan Malaysia.
Kesimpulan
Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan dikendalikan mulai tahun 2000 secara berpusat di seluruh negara oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Dengan demikian hanya satu peperiksaan berpusat sahaja akan digunakan sebagai kelayakan untuk permohonan masuk ke Universiti Al-Azhar dan pusat pengajian tinggi yang setaraf dengannya atau pusat pengajian tinggi yang menjalankan program kerjasama dengannya.

Friday, September 23, 2011

~Hamba mu~



Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya



~Ya Allah Tabahkanlah Hati Ku~


Ya Allah ya Tuhan ku kau tabahkanlah hati ku ini Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui betapa hati ku terluka, betapa hati ku bercampur baur dengan ribu perasaan yang sukar untuk ku gambarkan.betapa hari ini aku begitu down sekali bila mendengar satu perkhabaran yang aku rasa
sudah cukup lama ku tunggu. penantian yang selama ini menjadi satu teka teki yang tiada jawapan akhirnya terjawab.

Thursday, September 22, 2011

Tentang Wanita



salam alaik..

Alhamdullillah,kerana Allah masih lagi bagi aku kesempatan untuk aku menulis.

Okeylah,topik yang ingin aku bentangkan pada kali ini ialah berkaitan wanita.Wanita??

Wanita merupakan insan yang penuh dengan kelembutan,bila mana seseorang yang benar-benar wanita itu akan membuat aku memilih untuk memujanya.Wanita juga insan yang memerlukan bimbingan dari seorang lelaki.Konteks lelaki yang dimaksudkan ialah seorang ayah,seorang suami,seorang anak dan seorang pemimpin.

Secara peribadinya,aku menggagumi wanita.namun,kekaguman aku terhadap wanita ini hanyalah insan yang tertentu saja.Wanita yang mempunyai segala ciri-ciri yang aku idamkan.Chewaah!!!

  • Wanita yang mempunyai rasa malu

Sesngguhnya aku mencari malu yang ada pada wanita,bukanlah kerana kecantikannya.Jika kecantikan diukur dengan level Malu,nescaya pastinya perasaan malu itu yang lebih penting.Secara nuraninya,jika dunia berpaksiakn kecantikan semata-mata.Percayalah hai adam,kita tidak akan pernah puas dengan kecantikan wanita.Malu yang ada pada wanita itu yang dicari,tetapi harus diingat.Tak salah perigi mencari timba.gunakan orang tengah..

  • Wanita yang mempunyai ketegasan terhadap dirinya.

Ketegasan itu teramat penting.Namun ketegasan itu tidak bermakna bahawa wanita itu mestilah seorang yang ‘ganas’.Pada aku ketegasan itu sebagai benteng yang akan melindungi wanita itu dari mana-mana lelaki yang berniat jahat.Apa yang aku risaukan adalah apabila seseorang wanita sudah benar-benar jatuh cinta,maka apa pun sanggup dikorbankan untuk membuktikan ‘cinta sejati’ itu.Bukan bermaksud aku menuding jari pada wanita,cuma sikap wanita itu sendiri.semoga akan lahir wanita yang tegas menolak cinta lelaki durjana,mendamba cinta lelaki sejati.

  • wanita yang menghormati ibu bapanya

Mestilah yang hormatkan ibu bapanya.Kalau tak hormat ibu bapa,bagaimana ya dia mahu hormat suaminya?Jadilah,pilihlah insan wanita yang taat pada ibu bapanya.Ada impak yang tersendiri juga ya.Apabila si ibu mempunyai sifat hormatkan ibu dan bapa,maka secara tak langsung anak kepada sang ibu juga akan menghormati ibu dan bapanya juga.Bonus percuma tu!!

  • Wanita yang benar cintakan agamanya

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.JAdi,yang mana pilihan hati.

Talunkan kerinduan seindahnya,maka cintakan dia seadanya.InsyaAllah..

Wamakaru wamakarallah wallahu khairulmakirin



Sesungguhnya benarlah Ya Allah.. hanya perancangan Engkau sahaja yang berjaya
Mereka merencana, Allah juga merencana, sesungguhnya Allah sebaik-sebaik Perencana.

Tuesday, September 20, 2011

PerjalananKu, Di sepanjang jalanku sentiasa memohon agar dipertemukan jua


Alhamdulillah.. tunggu ku wahai sahabat. jumpa di ipta lg 1 tahun, sekejap saja lagi. itu janjiku pd mu.. maaf lewat menunaikan janjiku . jika ada rezeki lepas tu baru p oversea pula.. doakan kejayaanku dan perjalananku :)