Wednesday, December 5, 2012
ustaz hakim akhir
Alhamdulillah setelah sekian lama tak meng "update" blog ini setelah setahun merantau mencari ilmu
taaruf ringkas bagi sesiapa yg tidak mengenali ana. nama panggilan hakim akhir . pelajar STAM di Akademi ikatan muslimin, ipoh perak. asal di pulau pinang.
Setelah sekian lama mencari ilmu di bumi darul ridzuan. syukur tersangat kerana dapat mengubah diri ini menjadi insan yang mampu membawa risalah islam. pelbagai kenangan manis terukir di bumi darul ridzuan ini. antarannya ukhwah sahabat yang soleh., yang hidupnya dengan Al Quran. susah senang kami bersama mengharungi detik-detik sebagai pelajar STAM. dengan suasana tarbiah yang kami bina atas landasan syariat islam. sungguh sukar untuk dapat di mana-mana pun. ukhuwah kami lebih erat apabila jaulah bersama-sama, berjaulah ke kedah , kelantan ,perak, pahang dan selangor. inilah detik paling berharga apabila bersama teman-teman yang sefikrah bersama. bersyukur amat kerana diri ini telah terpilih oleh Allah swt untuk belajar di dalam biah' Islam dengan suasana tarbiah.
Disini ana selitkan kata-kata sahabat ana. "andai kata ana hilang ingatan, perkara pertama yang ana akan ingat adalah detik-detik ukhuwah kita bersama." walaupun masa nya begitu singkat namun masa yang singkat inilah akan menjadi kenangan selama nya.apabila umur semakin di mamah usia. ukuwah kami akan sentiasa terpahat di sanubari. AllahuRobbi! indahnya ukhwah :')
(blog ini mungkin tidak akan di update lagi)
maaf kepada sesiapa mengenali diri
Assalamualaikum wbt |
Saturday, January 21, 2012
Menuntut ilmu kerana Allah

Baginda SAW bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa menuntut ilmu yang dipelajari hanya kerana Allah sedangkan ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata benda dunia, ia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)
Jika ada yang berhajat menuntut ilmu untuk mendapatkan syahadah (sarjana muda atau doktor falsafah) kerana menjadi peraturan yang tertulis hanya mereka yang memiliki pendidikan tinggi boleh menyampaikan atau mengajar ilmu, niat itu termasuk dalam niat yang benar.
Menuntut ilmu dengan niat untuk menghilangkan kebodohan diri dan selepas memiliki ilmu kita harus mengajarkan kepada orang lain untuk menghilang kebodohan daripada diri mereka. Mengajarkan kepada orang lain itu dengan pelbagai cara membolehkan orang lain mendapat manfaat ilmu kita.
Apakah disyaratkan untuk memberi manfaat kepada orang lain kita perlu duduk di masjid atau memberi manfaat dengan ilmu itu pada setiap saat? Jawapan yang benar adalah yang kedua kerana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sampaikanlah dariku walaupun cuma satu ayat.” (Hadis riwayat Bukhari)
Imam Ahmad berkata: “Ilmu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar. Muridnya bertanya: Bagaimanakah yang demikian itu? Beliau menjawab: ia berniat menghilangkan kebodohan daripada dirinya dan orang lain.”
Menjadi keharusan bagi penuntut ilmu berniat menuntut ilmu untuk membela syariat kerana kedudukan syariat sama dengan pedang jika tidak ada seseorang menggunakannya ia tidak bererti.
Penuntut ilmu harus membela agamanya daripada hal yang menyimpang daripada agama. Perkara itu hanya boleh dilakukan jika seseorang itu memiliki ilmu yang benar, sesuai petunjuk al-Quran dan as-Sunnah.
Apabila ada perbezaan pendapat, hendaknya penuntut ilmu menerima perbezaan itu dengan lapang dada selama perbezaan itu pada persoalan ijtihad, bukan akidah kerana persoalan akidah adalah masalah yang tidak ada perbezaan pendapat di kalangan salaf.
Berbeza dalam masalah ijtihad, perbezaan pendapat sudah ada sejak zaman sahabat, bahkan pada masa Rasulullah SAW masih hidup tetapi jangan sampai menghina atau menjelekkan orang lain yang kebetulan berbeza pendapat dengan kita.
Mengamalkan ilmu yang diperoleh termasuk adab terpenting bagi penuntut ilmu kerana amal adalah buah daripada ilmu, baik akidah, ibadah, akhlak mahupun muamalah. Orang yang memiliki ilmu seperti orang memiliki senjata yang tidak akan ada gunanya kecuali diamalkan (digunakan).
Kebenaran dan sabar termasuk adab paling penting bagi kita sebagai penuntut ilmu. Mencari kebenaran daripada berita yang sampai kepada kita yang menjadi sumber hukum. Ketika sampai kepada kita sebuah hadis misalnya, kita harus meneliti lebih dulu kesahihan hadis itu.
Jika menemui bukti bahawa hadis itu sahih, berusaha lagi mencari makna (pengertian) hadis itu.
Wednesday, January 4, 2012
Hadiah Terbaik

ü ¤ Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah doa.ü ¤ Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah kemaafan.ü ¤ Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah kejayaan.ü ¤ Hadiah terbaik untuk murid adalah tauladan.ü ¤ Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah kasih sayang.ü ¤ Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah al-Fatihah.ü ¤ Hadiah terbaik untuk ibubapa adalah kebaktian.ü ¤ Hadiah terbaik untuk isteri adalah penghargaan.ü ¤ Hadiah terbaik untuk suami adalah kesetiaan.ü ¤ Hadiah terbaik untuk anak adalah pendidikan.ü ¤ Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah kejujuran.ü ¤ Hadiah terbaik untuk Rasulullah s.a.w. adalah selawat.ü ¤ Hadiah terbaik untuk Allah s.w.t. adalah ketaqwaan.ü hadiah yg baik untuk semua ialah "senyuman" .
Tuesday, January 3, 2012
Kasih Sayang Allah








