Powered By Blogger
Powered by Blogger.
RSS

Monday, October 31, 2011

Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita..




Kami sulit menahan pandangan mata kami ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yang ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.



Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.


Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalian

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.
Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.


"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...

~If tomorrow never comes~


If tomorrow never comes
Have I done what I should have done today
Or did I just let time slip away

If tomorrow never comes
Have I said sorry to the people I have done wrong hurting
And plead to God for forgiveness for all my sinning

If tomorrow never comes
Did I say thanks to the people I know,
Or I just didn’t bother to show

If tomorrow never comes
Will I know what is next to come,
And will I get to paradise with a warm welcome

If tomorrow never comes
I won’t let the day pass away,
And cherish what I have today

If tomorrow never comes
I’m sure to strive my best,
And make that day the best from the rest

We will never know if we have tomorrow,
So I plead to God with full of sorrow:
DEAR LORD SHOW ME THE WAY,
FOR YOUR WAY IS THE ONLY WAY,
AND MAKE MY EVERYDAY MY BEST DAY, AMIN!

Sunday, October 23, 2011

~Melakar Cinta Allah Melalui Sahabat~



"Kau tahu apa itu makna uhibbuki fillah?" tanya seorang sahabat kepada saya.

"Mencintaimu kerana Allah," Ringkas jawapan saya.

Kelihatan tidak senang duduk sahabat dengan jawapan saya. Riak muka tidak puas hati lagaknya.

"Memanglah, itu direct translate. Tak semua orang faham erti itu sebenarnya. Cuma mengungkap tetapi tidak sampai jauh ke dasar hati, kerana itu setiap perkara yang dilakukan pasti ada kurangnya, hingga kadang-kadang boleh menjadi cemburu dalam berukhwah. Manusia sebegini masih keliru sebenarnya," luah sahabat dengan air muka penuh kekesalan.

Terhenti seketika kerja yang saya sedang lakukan. Berfikir tentang kata-kata sahabat sebentar tadi.

"Cemburu dalam berukhwah? Saya setuju, bahkan ada yang masih tidak mampu mentafsir ertiuhibuki fillah itu sendiri. Keliru itu benar. Realitinya kerana fitrah berkasih yang terlampau. Rasa menyayangi yang terlampau hingga ada istilah 'dia milik aku' sahaja. Astaghfirullahal azzim, mohon dijauhkan perasaan sebegini," memandang sahabat dengan penuh pengertian.

Benar, ini kisah realiti. Sebenarnya ramai yang masih keliru dengan perasaan sendiri. Fitrah manusia memang mahu menyayangi dan disayangi, tetapi berpadalah dalam berkasih dan sayang hingga timbul perasaan ingin memiliki. Mengikut ilmu psikologi, inilah yang dinamakaninnate motive.

Maknanya jangan berkasih sayang lah?

Tidak.. bukan itu yang saya maksudkan. Berkasih sayang itu perlu, tetapi berpada dan kawallah diri. Berukhwah kerana Allah semata-mata. Jadi takkan timbul isu 'dia milik aku'.

Tidak Cemburu

Orang-orang yang beriman tidak akan rasa cemburu apabila sahabat menjalin ukhwah dengan sahabat lain. Isilah hati dan nurani dengan jalan Allah kerana ukhwah ini terjadi atas kehendak Allah. Jika ada timbul rasa cemburu, muhasabah kembali kerana sungguh itu adalah bisikan syaitan yang cuba menghasut dan menggugat ukhwah yang dibina.

Siapa kita untuk memiliki? Tiada apa-apa di dunia ini adalah milik kita. Sahabat? Bukan milik kita. Justeru kenapa mahu cemburu apabila orang lain mendampingi?

Firman Allah s.w.t : "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara." (al-Hujuraat: 10)

Dari firman ini telah jelas bahawa semua muslim itu adalah bersaudara. Tiada yang tertinggal. Kita memerlukan antara satu sama lain. Seharusnya kita perlu belajar menyayangi setiap sahabat yang berada di sekeliling kita.

Dalam Islam sudah diajar tentang ithar (melebihkan orang lain) yakni tahap ukhwah yang paling tinggi manakala berlapang dada adalah tahap ukhwah yang paling rendah.

Tapi dalam apa jua keadaan, kita harus sedar tentang makna basitah (kesederhanaan). Bila sudah sayang terlebih, segala benda jadi lain. Justeru itulah kita perlu bersederhana. Kalau mahu sayangi semua, bukan memilih-milih pula.

Nasihat ini jelas untuk saya dan semua yang mempunyai sahabat. Mungkin ini sudah terjadi atau bakal terjadi. Makanya saya mahu mengingatkan dahulu sebelum terkena pada diri sendiri atau yang lain juga.

Uhibbuki fillah, best friend, teman sejati atau apa-apa sahaja akan menjadi retorik semata-mata jika setiap perhubungan itu tidak di dasari dengan iman dan takwa. Usah tertipu dengan mainan perasaan sendiri. Perbetulkan niat kembali jika masih ada cemburu di hati.

Layanan Istimewa Untuk Semua Sahabat

Sayugia saya mahu mengingatkan kalian tentang kisah Rasulullah SAW dalam bersahabat.

Adakah para sahabat yang lain merasa cemburu dengan Abu Bakr apabila Rasulullah SAW mengatakan Abu Bakr adalah teman baiknya. Saidina Umar, Uthman, Ali dan sebagainya tidak cemburu melihat persahabatan itu kerana Rasulullah SAW melayan para sahabat yang lain juga dengan istimewa. Inilah yang perlu kita contohi bersama.

Jika kita mampu untuk memberi hadiah, belanja kawan, sentiasa saling mengingat, membantu dia, bertanya khabar kepada kawan yang seorang; beri layanan istimewa dan memasak untuk kawan seorang, kenapa tidak kepada kawan yang lain kita lakukan sebegitu rupa? Adakah Islam mengajar kita untuk membanding beza darjat?

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling memutuskan hubungan dan janganlah sebagian kamu menyerobot transaksi sebagian yang lain, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim itu saudara muslim yang lain, tidak boleh menzaliminya, membiarkannnya (tidak memberikan pertolongan kepadanya), mendustainya dan tidak boleh menghinakannya.

Taqwa itu berada di sini (beliau menunjukkan dadanya tiga kali). Cukuplah seorang (muslim) dianggap (melakukan) kejahatan karena melecehkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas muslim lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya." (HR. Muslim dan Ibnu Majah)

Jadi, mari kita tajdidkan (memperbetulkan) niat kita dan banyakkan muhasabah. Mungkin selama ini kita berukhwah bukan kerana Allah tetapi atas dasar lain.. peribadi ke, minat yang sama ke, perasaan ingin memiliki ke..

Mari koreksi diri.. mari istighfar berulang-ulang kali..

"Ada tak orang rasa cemburu dengan kita. Mereka rasa takut untuk rapat sebab kita berkawan baik?" tanya sahabat lagi.

"Wallahua'lam, jika ada yang berfikiran sebegitu, mesti ada silap dia dan silap kita juga. Dalam ukhwah ini kita membina ithar tetapi kita perlukan juga basitah," tuntas saya.

Moga ini dapat menjadi renungan untuk para sahabat di luar sana. Sungguh mungkin ini juga bakal terjadi pada saya dan anda, kita tidak tahu. Jadi persiapkan diri dan bermuhasabah kembali.

Marilah kita menjalin ukhwah kerana Allah..

Untuk sahabat-sahabat saya di luar sana.. uhibbuki fillah.. harap ukhwah ini hingga ke jannah hendaknya.

Ya Allah,peliharalah ukhwah kami ini. Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat..

Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya..

Sunday, October 16, 2011

~My Heart is a Kite~




My heart is a kite
held by a string
in the middle of a storm

O Allah,
I'm not asking You
for a calmer storm
Rather, I am asking You
for a thicker string

O Allah,
I'm not asking You
to end this storm soon
Rather, I am asking You
to make me stronger
so that I may hang on longer
and see the rainbow
after the storm ends

Wednesday, October 12, 2011

~Tiada Sebab~



*copy of artikel rahmat hj talib :)
Gadis : Mengapa awak menyukai saya Mengapa awak cintakan saya

Jejaka : Saya tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu saya memang menyayangi dan
mencintai awak

Gadis : Awak tak boleh terangkan sebabnya Bagaimana awak boleh katakan awak sayang dan cintakan
saya sedangkan awak tidak boleh menerangkannya.

Jejaka : Betul Saya tak tahu sebabnya tetapi saya boleh buktikan bahawa saya memang cintakan awak

Gadis : Tak boleh beri bukti Saya nak awak terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Tapi, kenapa pula awak tak boleh terangkan sebabnya

Si Jejaka menarik nafas panjang dan dia berkata...


Jejaka : Baiklah Saya mencintai awak sebab awak cantik, comel, mempunyai suara yang merdu, penyayang, kelakar, dan sentiasa merindui saya. Saya juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak awak melangkah, di situlah cinta saya bersama awak


Si Gadis tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan Si Jejaka tadi. Namun begitu selang beberapa hari si Gadis mengalami kemalangan dan koma.


Si Jejaka amat bersedih. Di wad hospital, Si Jejaka menangis di tepi katil Si Gadis sambil berbisik..

"Awak Jika disebabkan suara, saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak bersuara Tidak Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak kerana sekarang awak tidak dapat bersuara. Jika disebabkan kasih sayang dan senda gurau, saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak menunjukkannyaTidak Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak ketika ini.


Jika disebabkan senyuman saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak tersenyum Tidak Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak. Jika disebabkan setiap langkah saya mencintai awak.... sekarang bolehkah awak melangkah Tidak Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Saya tidak mempunyai sebab untuk mencintai awak lagi. Adakah cinta memerlukan sebab TidakSaya masih mencintai awak dulu, kini dan selamanya. Cinta tidak perlu ada sebab. Cinta lahir dari hati yang ikhlas. Saya terima awak seadanya. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati..


~AWAK,SAYA CINTAKAN AWAK TADE SEBAB~..

Sunday, October 9, 2011

~JIKA AKU JATUH CINTA ~


Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu

insyaALLAH~AKAN KETEMU JAWABNYA~

AKU berdoa,berusaha,berikhtiar dan bertawakkal..

kerna ku yakin..

DOA LAa SENJATA KITA~~~

doa,doa,doa,insyaAllah~

Allah MAHA MEMBERI...Allah suka pada hambaNYA yg berdoa..

-Surat Al Mu”min (40) ayat 60 :

Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.“

*Janji Allah itu sangat benar dan pasti terlaksana beza dengan janji manusia yang bisa bohong dan belum tentu terlaksana karena dibatasi oleh ruang dan waktu*

-Surat Al Baqoroh (2) ayat 186 :

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang mendoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

yaALLAH~JANJI MU PASTI...*wanita2 solehah untuk laki2 soleh*

yaALLAH~ ku serahkan hati ini padaMU,ENGKAU peliharalah hatiku,dari rindu2 cinta yg belum halal..dari diusik ArRijal yg hatinya gelap tnpa HidayahMU~ENGKAU serahkan lah hatiku pada si 'dia bakal IMAMKU' pada saat dan keadaan yg tepat yaRABBAL ALAMIIN~kerna ENGKAU lah PERANCANG YANG TERHEBAT~*risik lah hati ku dlm sujud dan solat malam mu,tanya lah khabar hatiku pada PEMILIK HATIKU,ALLAH AZZAWAJALLA~

semoga kau temukan daku dlm pencarianmu mengejar CINTA ILLAHI*

insyaAllah..akan ketemu jawabNya~

Amiin3 yaRABB~

Friday, October 7, 2011

~Takdir : Cahaya Yang Tidak Terpadam ~



Dunia diselimuti kegelapan. Selepas Sang Asura dan Lima Jeneral menguasai dunia sepuluh tahun yang lalu, ramai yang menyangka cahaya Ilahi telah terpadam. Kerajaan Tanah Haram diasak hebat. Kota ‘Hijau’ Chinmayi juga begitu. Waktu seakan terhenti. Manusia yang percaya kepada-Nya dibadai derita. Ada yang percaya Dia telah meninggalkan mereka. Malah, tidak kurang yang menyatakan bahawa Allah itu tiada. Apatah lagi sejarah menjadi saksi tewasnya Kiai Songo ditangan Sang Asura dua belas tahun sebelumnya. Namun bukan bagi Kerajaan Tanah Haram dan kota ‘Hijau’ Chinmayi. Mereka kekal percaya dan terus berjuang menegakkan agama-Nya. Lantas seorang pemuda dihantar Bapa memulakan kembara. Memerangi kegelapan bahawaan Sang Asura. Angkasa Sakti. Dia adalah saksi. Cahaya Ilahi tidak akan terpadam walaupun kegelapan menyelubungi dunia.

*Novel ini telah ku beli untuk dijadikan sebagai Hadiah Hari Lahir buat Teman Terbaik ku,
harap beliau gembira membaca novel ini :) *
Sambungannya, Takdir 2: Percaya yang tidak sirna..
Wallahualam~~