Powered By Blogger
Powered by Blogger.
RSS

Wednesday, December 5, 2012

ustaz hakim akhir

   Bismillah | Assalamualaikum wbt... syukur kita kepada Allah atas rahmat dan kurniaan nya dapat kita bernafas di muka bumi ini.

  Alhamdulillah setelah sekian lama tak meng "update" blog ini setelah setahun merantau mencari ilmu
taaruf ringkas bagi sesiapa yg tidak mengenali ana. nama panggilan hakim akhir . pelajar STAM di Akademi ikatan muslimin, ipoh perak. asal di pulau pinang.

Setelah sekian lama mencari ilmu di bumi darul ridzuan. syukur tersangat kerana dapat mengubah diri ini menjadi insan yang mampu membawa risalah islam. pelbagai kenangan manis terukir di bumi darul ridzuan ini. antarannya ukhwah sahabat yang soleh., yang hidupnya dengan Al Quran. susah senang kami bersama mengharungi detik-detik sebagai pelajar STAM. dengan suasana tarbiah yang kami bina atas landasan syariat islam.  sungguh sukar untuk dapat di mana-mana pun. ukhuwah kami lebih erat apabila jaulah bersama-sama, berjaulah ke kedah , kelantan ,perak, pahang dan selangor. inilah detik paling berharga apabila bersama teman-teman yang sefikrah bersama. bersyukur amat kerana diri ini telah terpilih oleh Allah swt untuk belajar di dalam biah' Islam dengan suasana tarbiah.

 Disini ana selitkan kata-kata sahabat ana. "andai kata ana hilang ingatan, perkara pertama yang ana akan ingat adalah detik-detik ukhuwah kita bersama."  walaupun masa nya begitu singkat namun masa yang singkat inilah akan menjadi kenangan selama nya.apabila umur semakin di mamah usia. ukuwah kami akan sentiasa terpahat di sanubari. AllahuRobbi! indahnya ukhwah :')

(blog ini mungkin tidak akan di update lagi)
maaf kepada sesiapa mengenali diri

Assalamualaikum wbt |

Saturday, January 21, 2012

Menuntut ilmu kerana Allah



ADAB menuntut ilmu hendaklah ikhlas dan diniatkan dalam hati kerana Allah. Apabila seseorang menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan gelaran, kedudukan atau ingin menjadi orang dipandang, maka Rasulullah SAW memberi peringatan.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud:

“Barang siapa menuntut ilmu yang dipelajari hanya kerana Allah sedangkan ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata benda dunia, ia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Jika ada yang berhajat menuntut ilmu untuk mendapatkan syahadah (sarjana muda atau doktor falsafah) kerana menjadi peraturan yang tertulis hanya mereka yang memiliki pendidikan tinggi boleh menyampaikan atau mengajar ilmu, niat itu termasuk dalam niat yang benar.

Menuntut ilmu dengan niat untuk menghilangkan kebodohan diri dan selepas memiliki ilmu kita harus mengajarkan kepada orang lain untuk menghilang kebodohan daripada diri mereka. Mengajarkan kepada orang lain itu dengan pelbagai cara membolehkan orang lain mendapat manfaat ilmu kita.

Apakah disyaratkan untuk memberi manfaat kepada orang lain kita perlu duduk di masjid atau memberi manfaat dengan ilmu itu pada setiap saat? Jawapan yang benar adalah yang kedua kerana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sampaikanlah dariku walaupun cuma satu ayat.” (Hadis riwayat Bukhari)

Imam Ahmad berkata: “Ilmu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar. Muridnya bertanya: Bagaimanakah yang demikian itu? Beliau menjawab: ia berniat menghilangkan kebodohan daripada dirinya dan orang lain.”

Menjadi keharusan bagi penuntut ilmu berniat menuntut ilmu untuk membela syariat kerana kedudukan syariat sama dengan pedang jika tidak ada seseorang menggunakannya ia tidak bererti.

Penuntut ilmu harus membela agamanya daripada hal yang menyimpang daripada agama. Perkara itu hanya boleh dilakukan jika seseorang itu memiliki ilmu yang benar, sesuai petunjuk al-Quran dan as-Sunnah.

Apabila ada perbezaan pendapat, hendaknya penuntut ilmu menerima perbezaan itu dengan lapang dada selama perbezaan itu pada persoalan ijtihad, bukan akidah kerana persoalan akidah adalah masalah yang tidak ada perbezaan pendapat di kalangan salaf.

Berbeza dalam masalah ijtihad, perbezaan pendapat sudah ada sejak zaman sahabat, bahkan pada masa Rasulullah SAW masih hidup tetapi jangan sampai menghina atau menjelekkan orang lain yang kebetulan berbeza pendapat dengan kita.

Mengamalkan ilmu yang diperoleh termasuk adab terpenting bagi penuntut ilmu kerana amal adalah buah daripada ilmu, baik akidah, ibadah, akhlak mahupun muamalah. Orang yang memiliki ilmu seperti orang memiliki senjata yang tidak akan ada gunanya kecuali diamalkan (digunakan).

Kebenaran dan sabar termasuk adab paling penting bagi kita sebagai penuntut ilmu. Mencari kebenaran daripada berita yang sampai kepada kita yang menjadi sumber hukum. Ketika sampai kepada kita sebuah hadis misalnya, kita harus meneliti lebih dulu kesahihan hadis itu.

Jika menemui bukti bahawa hadis itu sahih, berusaha lagi mencari makna (pengertian) hadis itu.

Wednesday, January 4, 2012

Hadiah Terbaik



ü ¤ Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah doa.ü ¤ Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah kemaafan.ü ¤ Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah kejayaan.ü ¤ Hadiah terbaik untuk murid adalah tauladan.ü ¤ Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah kasih sayang.ü ¤ Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah al-Fatihah.ü ¤ Hadiah terbaik untuk ibubapa adalah kebaktian.ü ¤ Hadiah terbaik untuk isteri adalah penghargaan.ü ¤ Hadiah terbaik untuk suami adalah kesetiaan.ü ¤ Hadiah terbaik untuk anak adalah pendidikan.ü ¤ Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah kejujuran.ü ¤ Hadiah terbaik untuk Rasulullah s.a.w. adalah selawat.ü ¤ Hadiah terbaik untuk Allah s.w.t. adalah ketaqwaan.ü hadiah yg baik untuk semua ialah "senyuman" .

Tuesday, January 3, 2012

Kasih Sayang Allah




Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu
Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu
Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun
kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya



Tuesday, November 1, 2011

Sabar Itu Indah


Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.

Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.

Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah
dalam perjuangan meniti kehidupan.

Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.

Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.

.

~Sahabat~


~12 Sifat SAHABAT~


1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu


2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu


3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu


4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik


5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu


6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya


7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya


8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu


9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)


10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu


11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu


12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.


Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.



Monday, October 31, 2011

Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita..




Kami sulit menahan pandangan mata kami ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yang ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.



Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.


Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalian

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.
Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.


"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...